Oct 29

Assalammualaikum, apabila saya menghebahkan bahawa AGM myKKDK akan diadakan tidak lama lagi, ramai yang tertanya-tanya, “Eh,  TBC (Team Building Culture) 2009 belum lagi dah nak buat AGM?” Bukan itu je, banyak lagi soalan yang saya terima, dari kawan-kawan sampailah senior-senior myKKDK , lebih kurang macam tulah soalannya. Mungkin ramai lagi yang tertanya-tanya tapi mungkin perasaan malu-malu kucing telah menyelubungi mereka. Tak apalah, sebelum banyak lagi soalan-soalan yang datang kepada saya, biar saya jelaskan beberapa perkara penting dahulu. Untuk pengetahuan para pembaca, TBC myKKDK merupakan program terbesar tahunan myKKDK bagi menarik lebih ramai ahli untuk menyertai myKKDK selain dari mencari pelapis-pelapis myKKDK pada masa hadapan. TBC penting melahirkan ahli myKKDK yang berketerampilan dan matang dalam membuat keputusan. Seperti tahun-tahun sudah, TBC diadakan pada awal Ogos dan ia berlainan pada tahun ini atas beberapa faktor. Di harap agar semua ahli myKKDK dapat bertenang dan bersabar kerana TBC akan diadakan pada bulan Disember 2009 jika tiada halangan. Maklumat lanjut akan diberitahu dari semasa ke semasa  di dalam myKKDK.com.

SANY0046

Team Building Culture myKKDK 2007

Felcra Tebing Tinggi, Segamat.

4732_1155819569400_1045048480_506937_2484898_n

Team Building Culture myKKDK 2008

Kem Dusun Eco Resort, Pahang.

Oct 26

corporate dinner

Gambar diubahsuai dari Corporate Dinner KKKG UTM ‘09.

Assalammualaikum w.b.t. kepada semua ahli myKKDK di seluruh negara sama ada mantan-mantan, otai-otai mahupun freshie-freshie di dalam myKKDK sejak mula ia ditubuhkan sehingga kini. Alhamdulillah, setelah hampir setahun ahli jawatankuasa myKKDK sesi 2009 menguasai tampuk pemerintahan myKKDK, kini tiba masanya mereka semua digulingkan dengan penuh hormat dan adat istiadat. Biasalah, hidup ini kan seperti tayar spot-rim 17 yang berputar. Adakalanya kita di atas dan adakalanya kita dibawah. Semasa kita diatas, janganlah kita menyalahgunakan super-power yang telah diberikan dan apabila kita di bawah, turutilah segala arahan dengan sepenuh hati selagi ia tidak bercanggah dengan hukum agama.  Acara penuh gilang-gemilang itu bakal diadakan pada 7 November 2009 (Sabtu) dan berlangsung di Rumah Alumni, UTM bermula jam 8:00 malam. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Oleh itu, diharap agar semua ahli myKKDK dapat menghadiri malam gala tersebut dengan pakaian serba baru dan cantik-cantik. Selain itu, diharapkan agar semua ahli dapat memberikan kerjasama dan menghormati majlis sewaktu sesi perlantikan ahli jawatankuasa myKKDK sesi 2010 berlangsung. Ahli myKKDK juga dinasihatkan agar mencalonkan nama-nama yang anda rasa layak untuk memegang tampuk pemerintahan myKKDK sesi 2010 agar myKKDK terus maju dan kekal sebagai sebuah kelab yang aktif dan berpengaruh di  UTM. Semoga hubungan yang terjalin antara ahli myKKDK terus berkekalan hingga ke anak cucu.

Aug 10

9 OGOS 2009 – Hari terakhir KKKG UTM ‘09 masih lagi meriah walaupun terdapat syarikat yang telah pulang lebih awal. Namun itu tidak mematahkan semangat pengunjung dan pelajar untuk terus mendapatkan maklumat yang berguna dan tips-tips yang boleh dimanfaatkan untuk ke alam pekerjaan nanti. Kebanyakan pengunjung dan pelajar yang datang pada hari terakhir seperti ini sememangnya amat bertuah kerana syarikat-syarikat ketika ini bermurah hati untuk memberikan buah tangan syarikat mereka yang masih berbaki. Selain dari dapat mengenali industri dan saling bertukar-tukar pendapat dan idea, pengunjung juga boleh mendapatkan latar belakang syarikat bagi memudahkan pengujung untuk terus berhubung jika tamat pengajian kelak. Bagi mereka yang terlepas peluang untuk mendapatkan info mengenai syarikat-syarikat yang telah menyertai KKKG UTM ‘09, anda boleh berhubung dengan Kelab Kaunseling dan Kerjaya (myKKDK) yang terletak di Arked Cengal atau terus ke Pusat Kaunseling dan Kerjaya (PKK) yang terletak di Kolej Tuanku Canselor (KTC), UTM. Karnival seperti ini akan berlangsung pada setiap semester bermula pada tahun ini (2009). Oleh itu, para pelajar haruslah menggunakan peluang ini sebaik mungkin dan tidak memandang peluang keemasan ini dengan hanya sebelah mata kerana selain dapat mengenali syarikat dengan lebih rapat, pelajar juga tidak perlu bersusah payah untuk berkejar ke syarikat-syarikat untuk mendapatkan pekerjaan yang dikehendaki. Seharusnya usaha UTM untuk melaksanakan karnival seperti ini harus dipuji kerana bukan sahaja perihatin dengan ketidaktentuan peratusan graduan menganggur di negara kita, malah pihak UTM juga amat mengharapkan graduan-graduan mendapat pekerjaan  selaras dengan kelulusan yang diperolehi dari bidang masing-masing. Walaupun syarikat-syarikat yang menyertai KKKG UTM ‘09 tidak semua yang selaras dengan kursus yang terdapat di UTM, harus diingat bahawa penyertaan syarikat yang menyertai karnival seperti ini amat berkait dengan status ekonomi dan modal insan yang betul-betul diperlukan pada satu-satu masa. Jadi pelajar perlulah setiap masa peka dengan peluang seperti ini bukan sahaja karnival yang dianjurkan oleh pihak UTM, malah karnival-karnival yang seumpamanya di tempat lain. Segala kekurangan pada KKKG UTM ‘09 pada kali ini kami memohon seribu kemaafan dan insyaallah akan kami perbaiki dari semasa ke semasa untuk karnival yang lebih baik pada masa akan datang. Terima kasih.

DSC09892

Majlis Tertinggi, Eksekutif-eksekutif dan krew KKKG UTM ‘09.

Copy of DSC09794Majlis Tertinggi, Eksekutif-eksekutif dan krew KKKG UTM ‘09.

Aug 9

8 OGOS 2009 – Hari kedua KKG UTM ‘09 berlangsung lebih baik daripada hari sebelumnya. Jumlah pengunjung dan pelajar yang hadir semakin ramai sejak awal pagi lagi. Mungkin disebabkan hari ini merupakan hari Sabtu dan para pelajar mempunyai lebih peluang untuk mengunjungi Dewan Sultan Iskandar dan melawat booth-booth syarikat yang menyertai KKKG UTM ‘09. Sesi temuduga juga masih diteruskan di Perpustakaan Sultanah Zanariah untuk pelajar yang tidak berkesempatan untuk menyertai sesi temuduga oleh syarikat-syarikat terpilih pada hari sebelumnya. Ceramah Kerjaya juga telah berlangsung dengan baik sekali di Dewan Senat, Bangunan Pentadbiran Hal Ehwal Pelajar. Pihak syarikat sangat memuji kesungguhan pelajar UTM dan pengunjung yang menghadiri sesi ceramah kerjaya yang dijalankan oleh pihak syarikat sepanjang hari ini. Terdapat buah tangan khas yang telah diberikan oleh syarikat-syarikat untuk para peserta dan hadiah misteri bagi peserta yang bertuah. Selain dari pelajar UTM, terdapat pengunjung dari luar juga yang datang menyertai KKKG UTM ‘09. Mereka adalah pelajar-pelajar IPTA dan IPTS sekitar negeri Johor seperti Universiti Tun Hussin Onn, Kolej Komuniti Segamat dan Politeknik Pasir Gudang. Pelajar-pelajr tersebut tidak melepaskan peluang untuk menghadiri KKKG UTM ‘09 kerana karnival seperti ini mampu memberi peluang yang lebih untuk mereka mendapatkan pekerjaan walaupun pihak IPTA/IPTS mereka telah membuat karnival yang berbentuk seperti ini di tempat mereka.BD JABAR

DSC09875

Antara syarikat yang menyertai KKKG UTM ‘09.

DSC09840Eksekutif-eksekutif KKKG UTM ‘09 sedang menjamu selera.

Aug 8

7 Ogos 2009 – Alhamdulilah tiada apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang majlis perasmian pada pagi tadi. Semua berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Majlis perasmian KKKG UTM ‘09 telah dirasmikan dengan jayanya oleh Timbalan Naib Canselor (HEP dan Alumni), Professor Dr. Mohd Tajudin bin Ninggal. Para VIP yang turut sama memeriahkan majlis tersebut adalah Pengarah Pusat Kaunseling dan Kerjaya, Prof. Madya Dr. Mohamed Sharif bin Mustafa dan pengarah program Karnival Kerjaya dan Keusahawanan graduan UTM 2009, saudara Mohamad Kazrol bin Mohamad Kasmin serta staf-staf dari Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Pusat Kaunseling dan Kerjaya. Majlis perasmian KKKG UTM ‘09 juga turut disertakan dengan penyampaian mok cek bernilai RM 7, 000 daripada Bumi Armada Berhad dan Kraft Foods kepada pihak Universiti Teknologi Malaysia sebagai tanda penaja Emas KKKG UTM ‘09. Para VIP seterusnya dibawa melawat ke setiap booth syarikat yang menyertai KKKG UTM ‘09 dan ke tapak penggerai di hadapan Masjid Sultan Ismail. Sebanyak 20 buah syarikat yang telah menyertai KKKG UTM ‘09 dan sebanyak 10 buah gerai terlibat di dalam KKKG UTM ‘09.

DSC09733VIP dari kiri: Pengarah Pusat Kaunseling dan Kerjaya, Timbalan Naib Canselor HEP dan Alumni dan Pengarah Program.

DSC09721Pengarah Program Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan UTM 2009, saudara Mohamad Kazrol bin Mohamad Kasmin.

Acara KKKG UTM ‘09 diteruskan lagi pada sebelah malam dengan Majlis Makan Malam Korporat (Corporate Dinner) yang berlansung di Dewan Jamuan HEP bermula jam 8 malam. Makan Malam Korporat ini betujuan untuk meraikan para penaja KKKG UTM ‘09 disertai penyampaian sijil dan cenderamata kepada VIP dan setiap penaja. Majlis Makan Malam Korporat itu juga turut dipersembahkan dengan nyanyian dan persembahan biola oleh pelajar UTM. Majlis diakhiri dengan keberangkatan pulang para VIP dan penaja dan berakhir pada jam 11 malam.

DSC09777

Juadah Corporate Dinner disediakan oleh TJ Banquet, Saleng.

DSC09772Persembahan oleh pelajar-pelajat UTM dan Kelab Kaunseling dan Kerjaya.

Jul 29

MENJANA PENDAPATAN DARI INTERNET

seminar internet = duit pada 1 ogos 2009
bertempat di dewan senat hep utm skudai.

kepada sesiapa berminat bolehlah menghubungi saya
para penceramah dari pro blogger dan expert dalam perniagaan internet.

1. blalang
2. rohaizad
3. ammar zahar

untuk seminar ini, anda akn dikenakan yuran sebanyak:

RM40 untuk pelajar
RM60 untuk staff/peserta luar

*segala pertanyaan boleh dibuat di dalam komen.

Jul 27

Daftar segera!! Sila hubungi En. Izham – 0137953002, En. Suhaimi – 0177959097 dan Cik. Aisyah – 0137061966 untuk maklumat lanjut. Hadiah lumayan mananti anda.

BANNERFUTSAL

Jul 26

Bengkel Penulisan Resume & Grooming 2009 akan berlagsung pada 2 Ogos ini  bertempat di L50.Bengkel ini dapat meberi peluang kepada bakal graduan untuk memperbaiki penulisan resume mereka.

Jul 16

Ahad ini semua eksekutif untuk K3G UTM dialu-alukan untuk mengikuti lawatan ke K3G UTHM.

UTHM

Jul 11

Assalammualaikum, atas sebab permintaan yang tinggi daripada sekolah-sekolah sekitar Johor dan hadiah yang lumayan dari pihak penganjur, tarikh tutup pengesahan penyertaan bagi pendaftaran Explorace Pro-X KKKG UTM ‘09 akan dilanjutkan sehingga 12 tengah malam 15 Julai 2009 (Rabu). Borang penyertaan mestilah dilengkapkan dan dihantar ke pihak penganjur sebelum tarikh tutup tersebut. Pembayaran boleh dibuat di kaunter pembayaran pada hari pertandingan iaitu pada 18 Julai 2009 jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi. maklumat lanjut boleh berhubung terus kepada Suhaimi (0177959097) - Ketua Eksekutif Aktiviti KKKG UTM ‘09

« Previous Entries